Hamidi raih RM50,000 - Harian Metro, 11 September 2009
KUALA LUMPUR: Nur Hamidi Baharuddin yang memperjuangkan projek kutipan dana untuk membina sebuah asrama desa muncul sebagai pemenang ‘Chief Talker’ dalam peraduan Freedom2Talk anjuran Tune Talk selepas mendapat undi terbanyak anggota lain Freedom2Talk.
Dia membawa pulang wang tunai RM50,000 yang akan disalurkan kepada projek asrama untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens di Kiulu, Sabah.
Nur Hamidi dan bekas rakan sekolahnya dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kulim, Kedah yang menamakan diri mereka ‘The Killerbatch’ bekerja keras untuk mengumpul RM250,000 bagi membina asrama terbabit.
Mereka juga sudah membangunkan sebuah laman web di www.killerbatch.org yang memberikan laporan terkini berhubung perkembangan projek itu.
Nur Hamidi juga akan menikmati panggilan percuma selama setahun daripada Tune Talk.












Recent comments
31 weeks 6 hours ago
1 year 37 weeks ago
1 year 37 weeks ago
1 year 48 weeks ago
1 year 48 weeks ago
1 year 51 weeks ago
1 year 51 weeks ago
2 years 2 weeks ago
2 years 2 weeks ago
2 years 15 weeks ago